Orang utan rawat luka sendiri dengan akar kuning

Orang utan rawat luka sendiri dengan akar kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seekor orang utan Sumatera merawat luka pada bahagian muka dengan hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan selepas dipercayai bergaduh dengan orang utan lain.  

Orang utan yang dinamakan sebagai Rakus, memetik daun daripada pokok anggur yang dikenali sebagai akar kuning dan mengunyahnya, selepas tiga hari mengalami kecederaan, lapor UPI.   

Penyelidik menerusi jurnal Scientific Reports memaklumkan daun itu diketahui mempunyai ciri anti-radang dan melegakan kesakitan.

“Rakus kemudian berulang kali menyapu jus yang terhasil pada luka mukanya selama beberapa minit, sebelum menutup sepenuhnya luka itu dengan tuam yang dibentuk oleh daun kunyah.

“Ia adalah kes pertama yang didokumenkan tentang orang utan yang menggunakan bahan ubat secara semula jadi,” kata penyelidik.  

Menurut Ahli Biologi Evolusi di Institut Perilaku Haiwan Max Plank di Jerman, Caroline Schuppli, tingkah laku Rakus menunjukkan kemungkinan wujud mekanisme asas yang sama untuk pengecaman dan penggunaan bahan dengan sifat perubatan atau berfungsi pada luka antara orang utan dan manusia. 

Jelasnya, ia menunjukkan rawatan luka yang diterima di rumah atau klinik mungkin diwarisi dari nenek moyang yang dikongsi oleh manusia dan orang utan. 

“Rawatan luka manusia berkemungkinan besar pertama kali disebut dalam manuskrip perubatan yang bermula sejak 2,200 sebelum Masihi.

“Ini termasuk pembersihan dan membalut luka dengan bahan penjagaan luka tertentu,” katanya.   

Rakus tergolong dalam kumpulan 150 orang utan Sumatera yang terancam kritikal tinggal di kawasan hutan hujan yang dilindungi di Tapak Penyelidikan Suaq Balimbing di Indonesia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya