Lelaki pertama ditahan bukan pelaku simbah asid ke atas Faisal Halim

Lelaki pertama ditahan bukan pelaku simbah asid ke atas Faisal Halim

KEADAAN Faisal Abdul Halim selepas di simbah asid oleh individu tidak dikenali baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan polis ke atas suspek pertama yang ditahan berkaitan kes simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim, kelmarin mendapati lelaki tersebut bukan pelaku dalam kes terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sebenar kes itu yang menaiki motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurut beliau, nombor pendaftaran motosikal digunakan pelaku dalam kes ini, sama dengan nombor pendaftaran nombor pendaftaran motosikal milik suspek yang ditahan, kelmarin.

“Siasatan mendapati suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan.
“Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan polis menahan suspek kedua, di Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam bagi membantu siasatan polis berhubung insiden berkenaan.

Hussein dilaporkan berkata, suspek berusia lewat 30-an itu ditahan petang semalam, dan permohonan reman ke atasnya dibuat pada pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya.

Terdahulu, polis mengesahkan menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain bola sepak negara ditahan di Pandan Indah dekat sini, malam kelmarin.

Suspek berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan. Suspek kemudian direman dua hari untuk membantu siasatan.

Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN