Khuzaimi bimbang keselamatan keluarga

Khuzaimi bimbang keselamatan keluarga

KEADAAN rumah Khuzaimi Piee yang berselerak selepas dipecah masuk oleh individu tidak dikenali di Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejadian pecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee individu tidak dikenali di Shah Alam, semalam membuat pemain itu lebih bimbang dengan keselamatan keluarga.

Hal ini kerana, beberapa dokumen peribadi dia dan keluarganya yang terdapat alamat tempat tinggal ahli keluarga terdedah sekali gus menimbulkan kebimbangan buat dirinya.

“Ketika kejadian saya baru balik daripada sesi latihan bersama Selangor FC, saya hanya lewat lima minit sahaja sebelum perompak itu keluar daripada rumah saya selepas melakukan pemeriksaan di CCTV (kamera litar tertutup).

“Saya tinggal seorang saja dekat sini (Shah Alam). Anak dan isteri semuanya berada di Melaka dan Alhamdulillah ketika kejadian tiada orang di rumah.

“Cuma bila dokumen peribadi yang ada maklumat isteri dan anak yang menggunakan alamat kampung. Saya bimbang mengenai keselamatan ahli keluarga. Itu jadi kebimbangan utama saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan rumah pemain terbabit dipecah masuk ketika dia keluar menjalani sesi latihan di Pusat Latihan Selangor, semalam.

Menurut laporan polis yang beliau kongsikan di Instagramnya, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Khuzaimi yang juga bekas pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC) berkata, kehilangan motosikalnya jelas memberi kesan mendalam memandangkan kenderaan yang dibeli pada 2018 itu digunakan ketika dia baru saja membina karier sebagai pemain bola sepak profesional.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya