QUANG TRI: Jambatan Dakrong di Wilayah Quang Tri, utara-tengah Vietnam yang menghubungkan Lebuhraya Nasional 9 Vietnam dengan Laos dan Thailand, berisiko tinggi untuk runtuh. Lapor media Vietnam, Tuoitrenews, kenderaan dikehendaki melalui jambatan itu pada kelajuan maksimum lima kilometer sejam dan mengekalkan jarak minimum 175 meter antara satu sama lain. Pengendali jambatan itu, Kawasan Pengurusan Jalan II berkata bahawa pihaknya menghantar pegawai ke jambatan itu untuk mengawal lalu lintas sepanjang masa.…










