PETALING JAYA: Penyanyi, Stacy memberi teguran secara terbuka kepada salah seorang anggota kumpulan SMDX, Elle agar menjaga tutur kata apabila mengeluarkan komen mengenai artis lain.
Kata Stacy, perkara itu kerana tindakan Elle yang membuat kenyataan tidak mengenali kumpulan Dolla adalah tidak wajar sama sekali.
“Pekerjaan kita sudah ada kelas. Jangan buat macam itu. Guna cara yang betul.
“Dahulukan bakat, mulut diam. saya tahu mulut kamu lazer, begitu juga mulut saya. Tapi, diam.
“Kena bersedia dan berhati-hati kalau masuk industri ini,” tegurnya.
Elle sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang peminat Dolla apabila dia membuat kenyataan tidak mengenali kumpulan itu ketika bersiaran secara live di TikTok baru-baru ini.
“Siapa Dolla, saya tak kenal. Siapa itu?
“Bukan sombong, memang tak kenal (Dolla),” katanya.










