3,000 penyokong baju merah sambut Thaksin - Utusan Malaysia

3,000 penyokong baju merah sambut Thaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kumpulan penyokong baju merah mengalu-alukan kedatangan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang dibebaskan untuk mengadakan lawatan pertama ke wilayah timur negara itu. 

Penyokong setia Thaksin, Kowit Khorhenklang menjangka seramai 3,000 orang akan menyertainya di Wat Sangka Chinaram, di daerah Sida, pada petang Sabtu, lapor Bangkok Post.   

Di bandar itu, Thaksin akan disambut oleh Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat, Prasert Jantararuangtong, ahli politik yang berpangkalan di Nakhon, Ratchasima dan Ahli Parlimen Parti Pheu Thai bersama ahli politik terkenal lain termasuk Suwat Liptapanlop, Pengerusi Parti Chart Pattana. 

Thaksin melakukan perjalanan dengan jet peribadi dan pulang ke Bangkok pada hari sama. 

Sejak dibebaskan Februari lalu, jadual harian Thaksin dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan lawatan. Bagaimanapun, pemimpin itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik. 

Thaksin dilaporkan akan menghadiri upacara pembakaran mayat pemandu setianya yang lama berkhidmat, Wichai Changlek yang meninggal dunia pada usia 73 tahun. 

Kakak Wichai, Toy Haemthasong berkongsi hasrat terakhir mendiang itu yang mahu jenazahnya dibawa pulang ke Korat dari Nonthaburi supaya Thaksin boleh mengetuai upacara keagamaan itu.

Ahli kelab baju merah di wilayah itu pula, Kowit berkata, dia bangga dapat menggantung gambar Thaksin di kedainya sejak kunjungan terakhir pemimpin itu sebelum ini. 

Dia bersama ahli lain bercadang menyambut Thaksin di lapangan terbang dan mengikut lawatan sepanjang hari. 

“25 Mei akan menjadi tarikh untuk menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang kepadanya,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya