Tolong buat laporan polis - Erma Fatima mahu Sarah Yasmine berhenti timbulkan huru hara - Utusan Malaysia

Tolong buat laporan polis – Erma Fatima mahu Sarah Yasmine berhenti timbulkan huru hara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Pengarah dan penerbit, Erma Fatima, mengajak artis yang terpalit dengan kontroversi akibat gambar tangkap layar perbualan peribadi tersebar, untuk membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, tindakan itu diyakini dapat mengekang kekasih pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine daripada terus mencetuskan huru hara menerusi tindakannya yang membuka aib artis Malaysia.

“Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya.

“Saya minta MCMC, kalau mereka boleh hentikan muzik video lagu raya Alif Syukri, kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat tentang klip video yang tersebar satu ketika dahulu, kenapa kita tak boleh hentikan apa yang Sarah buat?

“Dia orang luar, dia bukan orang industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia. Kau boleh settle di negara kau,” katanya berang.

Erma berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab Sophia Albarakbah tidak hadir ke majlis tayangan episod akhir drama Lelaki Itu di sini, malam tadi.

Terdahulu, nama Sarah Yasmine menjadi tumpuan apabila mendedahkan bukti tangkap layar mesej perbualan peribadi Aliff Aziz dan Ruhainies yang didakwa berkomplot menjatuhkan Bella Astilla.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan mesej perbualan beberapa nama artis tanah air seperti Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Erma bengang dengan tindakan Sarah Yasmine yang semakin galak membuka aib artis Malaysia.

Tegasnya, tindakan wanita asal Singapura bukan hanya menimbulkan kekecohan malah memberi imej buruk kepada industri seni tanah air.

“Seorang perempuan yang sedang kecewa ditinggalkan kekasih masuk dalam negara saya (Malaysia) buat ‘kenduri’ selak kain, semua orang raikan.

“Dia masuk ke negara saya, selak kain artis-artis Malaysia sedangkan masalah kau (Sarah) adalah dengan artis negara kau (Aliff Aziz).

“Balik negara kau selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang di dalam negara saya. Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” katanya.

Dalam masa yang sama, pengarah tersohor itu juga berharap kekecohan yang dicetuskan Sarah di media sosial dapat segera dihentikan kerana dianggap semakin berlebihan dalam membuat pendedahan.

“Saya tak bagi Sophia hadir kerana tidak mahu dia menjadi mangsa. Saya tidak pedulilah dia ada skandal atau tidak. Itu pandai-pandailah dia selesaikan sendiri.

“Bukan dengan cara sebar aib ini, saya tidak suka. Saya harap ‘kenduri’ selak kain ini dihentikan,” ujarnya.

Pengarah drama Perempuan Itu pada masa yang sama menggesa Aliff untuk tampil menjernihkan kemelut kontroversi yang diciptanya.

“Saya juga minta Aliff keluar! Kau jangan duduk dan senyapkan diri setelah kau buat semua ini.

“Aliff juga ada hak untuk menghentikan Sarah daripada terus menyebarkan aib. Kalau Aliff buat laporan polis, dia ada hak untuk minta wanita itu berhenti bercakap.

“Kenapa kau hilang? Kau ‘berak’ sana sini lepas tu kau hilang. Cantik muka kau, sudahlah kau ‘berak’ dekat negara aku,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN