Terumbu karang terancam akibat suhu panas - Utusan Malaysia

Terumbu karang terancam akibat suhu panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Terumbu karang di seluruh dunia berisiko diancam kematian akibat suhu panas yang direkodkan di kawasan perairan. 

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat memaklumkan fenomena itu menyebabkan terumbu karang bertukar menjadi putih dan diancam kematian. 

Ia mencetuskan peristiwa pelunturan warna terumbu karang besar-besaran secara global. 

“Pemutihan berlaku apabila terumbu karang menjadi tertekan dan bertukar warna kerana kawasan air yang didiaminya terlalu panas. 

“Terumbu karang membantu mengekalkan kehidupan laut, aktiviti memancing dan mencipta trilion dolar setiap tahun,” katanya. 

Terumbu karang kebiasaannya memiliki warna menarik seperti merah muda, ungu dan biru. 

Menurut NOAA, rekod haba di lautan menurun sejak berbulan-bulan lalu, namun, ia adalah bukti global pertama bagaimana episod ini mempengaruhi kehidupan laut. 

Pihaknya turut mengesahkan berlaku tekanan besar-besaran di semua lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi selepas bermingu-minggu menerima laporan daripada saintis di seluruh dunia. 

“Saintis yang menyelam ke dasar lautan untuk meneliti terumbu karang itu mendapati ia jelas kelihatan sakit dan mereput. 

“Saintis dari AS, Australia, Kenya dan Brazil meluahkan kekecewaan dan kemarahan ketika melihat batu karang yang terancam akibat lautan menjadi panas,” katanya. 

Tanda-tanda amaran pertama mula disedari di pantai Caribbean tahun lalu, apabila pengunjung mendapati air pantai Florida menjadi hangat seperti tab mandian air panas. 

Haba itu kemudian berpindah ke hemisfera selatan dan menjejaskan lebih separuh batu karang di dunia termasuk terumbu karang besar di Australia, pesisr pantai di Tanzania, Mauritius, Brazil, kepulauan Pasifik, Laut Merah dan Teluk Parsi. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya