HUALIEN: Bilangan orang yang cedera dalam gempa bumi berukuran 7.2 magnitud di timur Taiwan meningkat melepasi 1,000 hari ini walaupun angka kematian kekal stabil pada sembilan. Dalam pada itu, seramai 38 pekerja yang dalam perjalanan ke sebuah hotel di Taman Negara Taroko masih hilang dan yang lain sudah ditemukan. Gempa bumi, yang paling kuat dalam 25 tahun, melanda Taiwan semalam ketika orang ramai bersiap sedia untuk pergi bekerja dan sekolah,…










