Syafiq Kyle tidak tergugat, raikan kemunculan pelakon baru - Utusan Malaysia

Syafiq Kyle tidak tergugat, raikan kemunculan pelakon baru

syafiq kyle
SYAFIQ KYLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Syafiq Kyle, 31, memaklumkan dia tidak tergugat dengan kemunculan ramai pelakon lelaki baharu yang bukan sahaja kacak, malah berbakat dalam bidang lakonan.

Kata pemilik nama sebenar Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak ini, sebaliknya dia amat mengalu-alukan kedatangan pelakon baru yang padanya penting untuk menambah kepelbagaian dalam industri tersebut.

“Lambakan pendatang baharu sebenarnya memberikan penonton lebih banyak pilihan. Platform media yang ada sekarang pun jumlahnya banyak dan pelbagai.Kita semua ada peluang sama rata untuk tonjolkan bakat. Kerana itu saya mengalu-alukan kedatangan pelakon baru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya raikan kedatangan mereka. Tak pernah rasa tergugat atau anggap mereka belum layak untuk masuk dunia lakonan.

“Malah sebagai pelakon yang lebih berpengalaman, saya kena tunjuk kepada pelakon baru cara bawa diri dalam industri ini,” katanya ketika mempromosikan drama Terlanjur Cinta yang ditayangkan di platform penstriman, Viu.

Kata Syafiq, setiap pelakon pernah melalui permulaan masing-masing. Padanya, kehadiran pelakon baharu sedikit sebanyak mengingatkannya kepada fasa awal pembabitannya dalam dunia seni tanah air.

“Saya juga pernah bergelar pelakon baru, pernah nama tak disebut dan kemudian, disebut-sebut.

“Pengalaman mengajar saya, dan saya pasti pelakon lain juga melalui apa yang saya jalani ketika mula-mula menapak dahulu.

“Pada tahap sekarang, saya nampak perkara-perkara yang lebih penting untuk diri saya sendiri, keluarga dan penonton yang menghargai bakat lakonan saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini