Suplemen maut: Kilang kedua Kobayashi disiasat

Suplemen maut: Kilang kedua Kobayashi disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun mengarahkan penyiasatan terhadap kilang kedua milik Farmaseutikal Kobayashi selepas lima kes kematian berkaitan pengambilan suplemen dilaporkan.

Pemeriksaan pertama sudah dijalankan di kilang milik syarikat itu di Wakayama, Osaka, Sabtu lalu, bagi meneliti penggunaan beni koji atau beras ragi merah. 

Setakat ini, seramai 114 orang dimasukkan ke hospital dan lima yang lain maut selepas mengambil suplemen berkenaan yang dikatakan dapat membantu menurunkan paras kolesterol. 

Bagaimanapun, punca kematian sebenar kesemua mangsa belum disahkan lagi. 

Pegawai kesihatan tidak menolak kemungkinan beni koji menjadi punca utama kematian dan pihaknya menjalankan pemeriksaaan dua kilang dalam tempoh dua hari. 

“Pihak kementerian akan bekerjasama dengan kementerian lain berhubung kebimbangan yang timbul bagi menyelesaikan kes ini. 

“Pihak kerajaan turut mengkritik syarikat itu kerana mengambil masa selama dua bulan bagi mengisytiharkan kesan kesihatan terhadap produk itu,” katanya.  

Kobayashi menarik balik produk di pasaran selepas menerima laporan kes buah pinggang yang dihadapi oleh penggunanya, 22 Mac lalu. 

Produk berkenaan turut dipasarkan kepada pengguna di negara lain. 

Sementara itu, Ketua Pelabur Kobayashi, Yuko Tomiyama memaklumkan pihaknya kini sedang menyiasat kes yang disyaki mempunyai kaitan antara produknya dan kesan terhadap buah pinggang selepas menerima laporan yang dikaitkan dengan penyakit itu. 

Jelasnya, hasil penemuan mendapati asid puberulik yang berpotensi menjadi toksik berkemungkinan terhasil daripada penisilium acuan biru dalam beras beni-koji yang dihasilkan tahun lalu. -REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya