Suhu cecah 42 Celcius, Bangladesh tutup semua sekolah

Suhu cecah 42 Celcius, Bangladesh tutup semua sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius menyebabkan Kerajaan Bangladesh terpaksa menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta murid di negara itu.

Semua sekolah dan kolej akan ditutup sehingga 27 April depan, lapor BBC.

Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.

Langkah penutupan itu juga selari dengan tindakan India dan Filipina susulan gelombang haba melanda seluruh Asia.

Pengarah Save the Children Bangladesh, Shumon Sengupta berkata, penutupan sekolah akibat gelombang haba merupakan satu tamparan hebat lebih-lebih lagi buat kanak-kanak Bangladesh yang merupakan antara kelompok termiskin di dunia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya