Petugas perubatan disekat pergerakan di Tebing Barat

Petugas perubatan disekat pergerakan di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Badan amal perubatan antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF) memaklumkan pasukannya di Tebing Barat berdepan keganasan tentera Zionis termasuk pergerakan mereka disekat.

Lebih menyedihkan apabila ambulans juga dihalang memasuki ke kawasan kem pelarian yang diserbu pihak tentera.

“Mereka yang mengalami kecederaan parah tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum tiba di hospital.

“Serangan terhadap petugas kesihatan dan gangguan kepada akses jagaan kesihatan tidak boleh diterima. Ambulans juga dihalang memasuki kawasan ini,” luahnya.

Serangan selama tiga hari di Tulkarem dan kem pelarian Nur Shams di bahagian utara Tebing Barat berakhir semalam.

Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan sebanyak 14 penduduk Palestin terbunuh semasa serbuan tentera Israel di kem pelarian tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya