Palestin dihalang jadi ahli PBB

Palestin dihalang jadi ahli PBB

DUTA Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan bercakap kepada anggota UNSC semasa mesyuarat untuk menangani situasi di Asia Barat, termasuk persoalan Palestin, di ibu pejabat PBB di New York City, AS kelmarin. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan mengenakan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menafikan warga Palestin menjadi ahli penuh badan dunia itu.

Ia memveto draf resolusi yang mengesyorkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB supaya Palestin diterima menjadi ahli PBB.

DASAR BERKECUALI BRITAIN, SWITZERLAND

Britain dan Switzerland me­ngamalkan dasar berkecuali manakala baki 12 ahli majlis mengundi untuk menerima Pa­lestin sebagai ahli PBB.

Timbalan Duta Besar AS ke PBB, Robert Wood memberitahu majlis itu bahawa negaranya terus menyokong kuat penyelesaian secara dua negara.

Katanya, undian ini tidak mencerminkan penentangan terhadap kenegaraan Palestin sebaliknya daripada rundingan terus.

Bagaimanapun, Presiden Pa­lestin, Mahmoud Abbas mengecam kuasa veto AS dalam satu kenyataan dan menganggapnya sebagai tidak adil, tidak beretika, dan tidak wajar.

USAHA TIDAK BERHENTI

Duta Besar Palestin ke PBB, Riyad Mansour turut membe­ritahu majlis selepas pengundian bahawa resolusi ini tidak diluluskan, namun, ia tidak akan mematahkan kehendak pihak­nya dan tidak akan mengalahkan keazaman rakyat Palestin.

“Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami,” katanya.

Desakan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB timbul selepas enam bulan dalam perang di antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza.

Hasrat itu muncul ketika Israel memperluaskan penempatan di Tebing Barat yang dianggap oleh PBB sebagai haram.

Bagaimanapun, Menteri Luar Israel, Israel Katz memuji AS kerana memveto keputusan itu.

Berucap kepada 12 ahli ma­j­lis yang mengundi menyokong draf resolusi itu, Duta Besar Israel untuk PBB, Gilad Erdan berkata, ia sangat menyedihkan kerana undian mereka hanya meningkatkan lagi penolakan Palestin dan keamanan akan menjadi hampir mustahil.

Palestin kini merupakan negara pemerhati bukan ahli, pengiktirafan de facto kenegaraan yang diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2012.

Tetapi, permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu diluluskan oleh UNSC dan kemudian sekurang-kurangnya dua-pertiga dalam Perhimpunan Agung PBB.

PERBAIKI KRISIS

Duta Besar Britain ke PBB, Barbara Woodward membe­ritahu UNSC, pihaknya percaya bahawa pengiktirafan terhadap kenegaraan Palestin mesti bermula dengan membetulkan krisis segera di Gaza.

“UNSC sudah lama menyokong visi dua negara yang tinggal bersebelahan dalam sempadan yang selamat dan diiktiraf,” katanya.

Rakyat Palestin mahukan sebuah negara di Tebing Barat, timur Baitulmuqaddis dan Gaza, semua wilayah yang ditawan Israel pada 1967.

KEANGGOTAAN MENGUKUHKAN

Duta Besar PBB, Algeria Amar Bendjama berhujah sebelum pengundian bahawa kemasukan rakyat Palestin ke PBB akan mengukuhkan dan bukannya menjejaskan penyelesaian dua negara.

Sambil menambah, keama­nan akan datang daripada kemasukan Palestin, bukan da­ripada pengecualiannya dalam PBB.

Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai oleh Mahmoud Abbas menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat.

Hamas menggulingkan Pihak Berkuasa Palestin daripada kuasa di Gaza pada 2007.

Hamas mengecam pendirian AS dalam satu kenyataan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka.

Israel bertindak balas terhadap kumpulan Hamas di Gaza pada 7 Oktober lalu ke atas Israel selatan yang diketuai oleh kumpulan pejuang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya