OIC gesa penemuan kubur besar di Khan Younis disiasat

OIC gesa penemuan kubur besar di Khan Younis disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk ‘pembunuhan beramai-ramai tragis secara besar-besaran’ susulan penemuan kubur besar di Hospital Nasser, di bandar selatan Khan Younis. 

Penemuan itu menunjukkan ratusan rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, mengalami kecederaan serta konvoi perubatan diseksa sebelum dihukum bunuh dan dikebumikan beramai-ramai, lapor The Palestine Chronicle. 

“Ini adalah jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan keganasan negara terancang yang memerlukan penyiasatan, akauntabiliti serta sekatan di bawah undang-undang jenayah antarabangsa. 

“Mahkamah Jenayah Antarabangsa mesti memikul tanggungjawab ini,” katanya dalam kenyataan rasmi. 

OIC menegaskan Israel perlu bertanggungjawab terhadap jenayah dan amalan keganasan yang berterusan membantai rakyat Palestin, menidakkan nilai kemanusiaan dan secara terang-terangan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. 

“OIC memperbaharui gesaan kepada masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang desakan menghentikan jenayah perang di Semenanjung Gaza,” jelasnya. 

Sehingga kini, sebanyak 310 mayat ditemukan di tapak berkenaan selepas tentera Israel berundur, 7 April lalu. 

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mahmoud Basal mendedahkan sejumlah besar mayat yang ditemukan adalah wanita dan kanak-kanak. 

Jurucakap Hamas, Abd al-Latif al-Qanou berkata, penemuan mayat itu adalah bukti tambahan tentang pertumpahan darah, sikap Nazisme dan pembunuhan beramai-ramai yang dipraktiskan terhadap rakyat Palestin. 

“Tekanan antarabangsa dan politik untuk mengaktifkan resolusi PBB perlu diambil oleh Mahkamah Dunia bagi melindungi rakyat Palestin daripada menjadi mangsa perang genosid,” katanya. 

Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan seramai 34,183 rakyat Palestin terbunuh sejak serangan tercetus 7 Oktober lalu. 

Daripada jumlah itu, 14,778 adalah kanak kanak yang disahkan terbunuh akibat serangan Israel di Gaza selama 200 Hari. 

Seramai 9,752 lagi yang terbunuh adalah wanita, 67 anggota pertahanan awam, 485 staf perubatan serta 140 wartawan turut gugur. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya