MHO desak polis ambil tindakan segera

MHO desak polis bertindak segera kes tipu skim pelaburan saham

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas laporan polis yang dibuat mangsa skim pelaburan saham melibatkan anggaran kerugian  RM350,000, yang didakwa ditawarkan sebuah syarikat pelaburan pertanian.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pertubuhan itu menerima rungutan daripada pengadu bahawa aduan mereka tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Pengadu telah membuat laporan polis namun tiada tindakan susulan dilakukan malah kenyataan mangsa juga tidak ambil,” dakwanya dalam sidang akhbar di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut Hishamuddin, MHO telah mengambil tindakan dengan menghantar surat bagi memohon perkembangan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) terlibat namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

“Perkara ini perlu dibawa ke perhatian Jabatan Peguam kerana tidak mahu ada individu yang bertanggungjawab terlepas daripada muka pengadilan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes penipuan itu semakin menjadi-jadi dan perlu ditunjukkan satu ketegasan dengan mendakwa mereka yang terlibat menerusi semua peruntukan undang-undang berkaitan supaya menjadi pengajaran pihak lain di luar sana.

Dalam pada itu, seorang mangsa yang juga bekas penjawat awam meluahkan rasa kecewa kerana tiada siasatan dilakukan terhadap aduan yang dilakukannya.

“Kami sudi memberi kerjasama kepada polis seandainya usaha dan tindakan diperlukan dari pihak mereka untuk melengkapkan siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya