Lega dan syukur, harap mampu tidur lena- Mohd Daud

Lega dan syukur, harap mampu tidur lena- Mohd Daud

TAN Sri Dr. Mohd Daud Bakar (kanan) berasa lega selepas segala kemelut gaji dalam pasukan Kedah musim lalu selesai sepenuhnya.-IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengakui berasa syukur dan lega selepas isu tunggakan gaji Sang Kenari sejak musim lalu akhirnya selesai.

Jelas tokoh kewangan syariah itu berkata selepas mengharungi cabaran ketika berdepan tunggakan gaji pada musim lalu, akhirnya beliau dan kelab berjaya menunaikan tanggungjawab untuk menyelesaikan isu berkenaan sepenuhnya.

“Hari ini hari paling gembira buat saya kerana berjaya melunaskan hutang gaji tertunggak kepada pemain dan pegawai KDA FC bagi tahun 2023.

“Sejak lapan bulan yang lalu, saya rungsing, sedih dan penat minda kerana gagal melaksanakan tanggungjawab namun hari ini saya boleh senyum semula.

“Saya gembira kerana berjaya menunaikan tanggungjawab dunia dan agama iaitu gaji kepada mereka yang berhak,” katanya menerusi laman media sosial miliknya semalam.

Mohd Daud juga melahirkan rasa terharu di atas kesabaran yang ditunjukkan pemain dan penyokong yang terus yakin dengan apa yang dilakukan pengurusan meskipun dalam keadaan dilanda masalah kewangan musim lalu.

“Saya tahu mereka dan keluarga mereka banyak menghadapi kesukaran disebabkan kelemahan saya. Tapi mereka amat penyabar.

“Saya gembira kerana peminat dan penyokong KDA FC menerima penjelasan dan pengumuman baru yang saya buat secara positif. Semua nak pakat bantu sekadar kemampuan masing-masing dan saya anggap inilah titik kegembiraan yang paling tinggi buat saya.

“Ini semuanya adalah rahmat yang sudah termaktub. Bila peminat dan penyokong bersama saya, segala kepenatan saya selama lapan bulan hilang begitu sahaja. Semoga saya dapat tidur lena buat pertama kali malam ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya