Guangdong dilanda banjir besar - Utusan Malaysia

Guangdong dilanda banjir besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China akan menggubal pelan tindak balas kecemasan bagi melindungi lebih 127 juta penduduk susulan banjir besar yang melanda wilayah Guangdong. 

Pihak berkuasa memindahkan lebih 60,000 penduduk di wilayah itu dengan tiga kematian dilaporkan dan 11 orang masih hilang.

Amaran bencana dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Air China selepas mendapati paras air yang tinggi di sungai utama, laluan air dan kawasan takungan air di wilayah itu.

Pegawai kaji cuaca tempatan berkata, bahagian sungai utama dan anak sungai di kawasan sungai Xijiang dan Beijing mencecah paras tertinggi, yang lazimnya hanya berlaku sekali dalam tempoh 50 tahun. 

“Pihak berkuasa Guangdong menggesa jabatan di semua kawasan dan majlis perbandaran melaksanakan pelan kecemasan bagi berdepan risiko bencana alam. 

“Dana bantuan bencana dan barang keperluan akan disalurkan segera bagi memastikan penduduk yang terjejas mempunyai bekalan makanan, pakaian, air dan tempat tinggal,” katanya lapor media rasmi China, CCTV. 

Sejak beberapa hari lalu, wilayah itu dilanda hujan lebat dan tiupan angin kencang akibat perubahan cuaca buruk yang menjejaskan beberapa kawasan di China. 

Bahagian tengah dan utara wilayah Zhaoqing, Shaoguan, Qingyuan dan Jiangmen pula dilanda hujan lebat berterusan selama 12 jam. 

Sebanyak 65 kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di bandar Hezhou, Guangxi.

Hampir 20,000 penduduk dipindahkan di Qingyuan, manakala bekalan elektrik terputus di Zhaoqing serta beberapa lagi kawasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya