Gajah sarkas berkeliaran di Montana City

Gajah sarkas berkeliaran di Montana City

GAJAH sarkas itu dikejar lebih kurang 10 minit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTANA CITY: Para penduduk di Montana City di Amerika Syarikat (AS) terkejut selepas melihat seekor gajah berkelia­ran di jalan raya.

Haiwan itu dilaporkan dari sarkas tempatan, melepaskan diri dari kandangnya dan berkeliaran di jalan raya yang sibuk.

Beberapa video gajah itu dirakam oleh penduduk tempatan dan disiarkan di platform media sosial.

Klip video menunjukkan haiwan itu melintasi Butte’s Harrison Avenue yang sibuk sekitar tengah hari dan ia tidak peduli tentang kereta yang bergerak di setiap arah.

Seorang lelaki dilihat membawa sebatang kayu dan bermati-matian cuba mengurung gajah tersebut.

Video itu juga menunjukkan haiwan itu melintas jalan di lorong membelok yang ditetapkan walaupun dalam arah yang bertentangan.

Gajah itu juga melintasi tempat letak kereta sebelum menuju ke blok kediaman.

Haiwan itu dengan tenang melangkah walaupun lelaki itu terus mengejarnya.

Akhbar New York Post berkata, gajah betina itu berada di bandar dengan Jordan World Circus. Ia dipanggil Viola.

Sewaktu kejadian, pengendalinya sedang memandikan gajah itu apabila bunyi kereta secara tiba-tiba menakutkan haiwan itu, kata pengurus tempat itu, Bill Melvin kepada Daily Montanan.

Gajah berusia 58 tahun itu melarikan diri tetapi selamat dibawa balik oleh kakitangan.

Tiada siapa yang cedera dalam adegan panik berkenaan.

“Sarkas, sudah tentu, sangat profesional, mereka mempunyai jurulatih profesional dan haiwan itu tenang sebelum mereka mendapatkannya kembali. Ia tidak begitu dramatik seperti yang anda fikirkan,” Melvin berkata.

Kejadian itu bagaimanapun tidak memberi bayangan pada persembahan sarkas itu dan ia menampilkan pertunjukan ada pukul 4 petang dan 7 malam tanpa sebarang halangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN