Banduan lolos penjara, menyamar jadi wanita - Utusan Malaysia

Banduan lolos penjara, menyamar jadi wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Seorang banduan berjaya meloloskan diri dari Penjara El Libertador di Tocuyito, Carabobo, Venezuela dengan hanya melakukan penyamaran sebagai wanita. 

Manuel Lorenzo Ávila Alvarado, 25, berjaya melarikan diri pada pukul 2 petang, 13 Mac lalu, ketika sesi lawatan pengunjung bertemu banduan hampir tamat, lapor Oddity Central.  

Alvarado berjaya mengaburi beberapa pengawal penjara apabila memakai rambut palsu dan pakaian wanita walaupun dirinya mempunyai ton kulit gelap. 

Kelengkapan itu dipercayai dibawa masuk oleh teman wanitanya dan aksinya berjaya dirakam oleh kamera keselamatan penjara. 

Banduan itu dilihat keluar dari kemudahan yang dikawal ketat sebelum bercampur dalam sekumpulan wanita. 

Dengan kehilangan Alvarado, pihak berkuasa sedang mengambil keterangan empat daripada pengawal penjara yang gagal mengesan penyamaran itu.  

Lelaki itu diklasifikasikan sebagai penjenayah berbahaya yang dipenjarakan atas kesalahan membunuh dan melakukan rompakan. 

Untuk rekod, ini bukan kali pertama banduan lelaki menggunakan taktik penyamaran sebagai wanita untuk meloloskan diri dari penjara.

Beberapa tahun lalu, seorang lelaki Paraguay yang digelar ‘Gordito Lindo’ melakukan aksi sama dengan memakai rambut palsu hitam, alat solek dan pakaian wanita sebelum berjalan keluar dari pintu hadapan penjara.

Namun, dia hanya berjaya bebas sementara kerana pihak berkuasa berjaya menangkapnya dalam tempoh beberapa jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya