Arab Saudi tawar vaksin RSV buat warga emas - Utusan Malaysia

Arab Saudi tawar vaksin RSV buat warga emas

This picture taken on December 17, 2020 shows the first Saudi citizen preparing to receive the Pfizer-BioNTech COVID-19 coronavirus vaccine (Tozinameran) in the capital Riyadh, as part of a vaccination campaign by the Saudi health ministry. (Photo by FAYEZ NURELDINE / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Vaksin virus sinsitium pernafasan (RSV) kini tersedia kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas di Arab Saudi, lapor Saudi Gazette.  

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan Pencegahan dan Perunding Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah Asiri. 

Beliau menggalakkan individu berkelayakan untuk menghubungi doktor keluarga mereka melalui aplikasi ‘Sehhaty’ bagi mendapatkan vaksin tersebut. 

“RSV adalah punca utama bayi kurang setahun dimasukkan ke hospital dan penyebab utama penyakit pneumonia serta penyakit lain yang menyebabkan kematian dalam kalangan warga emas.

“Vaksin itu dijangka dapat mengurangkan kesan kepada kesihatan akibat virus tersebut,” katanya. 

Januari lalu, Dr. Asiri memaklumkan Arab Saudi akan menjadi negara kelima untuk memperkenalkan vaksin RSV kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas, selepas vaksin itu diluluskan di Kesatuan Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun.

Rancangan untuk meluluskan satu lagi vaksin yang bertujuan untuk melindungi bayi buat enam bulan pertama selepas kelahiran, sedang dijalankan. 

Mei tahun lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan vaksin RSV pertama di dunia, iaitu Arexvy, untuk digunakan di negara terbabit.

Arexvy, dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal GSK, diluluskan untuk kegunaan individu berumur 60 tahun ke atas bagi mencegah penyakit yang disebabkan oleh RSV.

Virus RSV sangat mudah menular dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru serta saluran pernafasan tanpa mengira usia, menurut FDA.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya