Vladimir Putin menang Pilihan Raya Presiden, kekal Presiden

Vladimir Putin menang Pilihan Raya Presiden, kekal Presiden Russia

VLADIMIR Putin bercakap selepas pusat mengundi ditutup, di Moscow, Russia semalam.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memenangi rekod besar pasca-Soviet dalam Pilihan Raya Presiden Rusia, mengukuhkan cengkaman kuasanya menentang Barat.

Kemenangan ini bermakna Putin, 71, akan memulakan penggal baharu selama enam tahun dan menjadi pemimpin paling lama berkhidmat di Russia.

Putin memenangi 87.8 peratus undian, keputusan tertinggi dalam sejarah Russia pasca-Soviet, menurut tinjauan pengundi Yayasan Pendapat Awam (FOM). 

Pusat Penyelidikan Pendapat Awam Rusia (VCIOM) meletakkan kemenangan Putin pada 87 peratus. 

Keputusan rasmi pertama menunjukkan tinjauan adalah tepat. 

Bagaimanapun, Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan negara-negara lain berkata, pengundian itu tidak bebas dan tidak adil kerana melakukan pemenjaraan lawan politik dan membuat penapisan.

Calon parti Komunis, Nikolai Kharitonov menduduki tempat kedua dengan hanya di bawah empat peratus, pendatang baru, Vladislav Davankov ketiga, dan ultra-nasionalis, Leonid Slutsky di tempat keempat.

Putin memberitahu penyokong dalam ucapan kemenangannya di Moscow bahawa dia akan mengutamakan menyelesaikan tugas yang berkaitan dengan apa yang disebutnya sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ Russia di Ukraine dan akan memperkuatkan lagi tentera Russia.

“Kami mempunyai banyak tugas di hadapan. Tetapi apabila kami disatukan, tidak kira siapa yang mahu menakut-nakutkan kami, menindas kami, tiada siapa yang pernah berjaya dalam sejarah, mereka tidak berjaya sekarang dan mereka tidak akan berjaya pada masa hadapan,” kata Putin .

Penyokong melaungkan “Putin, Putin, Putin” ketika dia muncul di atas pentas dan “Russia, Russia, Russia” selepas dia menyampaikan ucapan penerimaannya.

Putin memberitahu pemberita bahawa dia menganggap Pilihan Raya Presiden Russia sebagai demokratik dan berkata bantahan yang diilhamkan oleh Navalny terhadapnya tidak mempunyai kesan ke atas keputusan pilihan raya.

Apabila ditanya oleh NBC, rangkaian televisyen AS sama ada pemilihan semulanya sebagai Presiden adalah demokratik, Putin mengkritik sistem politik dan kehakiman AS.

“Seluruh dunia ketawa melihat apa yang berlaku (di AS). Ini hanya bencana, bukan demokrasi.

“…Adakah demokrasi menggunakan sumber pentadbiran untuk menyerang salah seorang calon Presiden Amerika Syarikat, menggunakan badan kehakiman antara lain?” dia bertanya.

Putin  membuat rujukan jelas kepada empat kes jenayah terhadap calon Republikan, Donald Trump. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN