Tampilkan Aslam, Marissa, jenama pakaian diminta mohon maaf - Utusan Malaysia

Tampilkan Aslam, Marissa, jenama pakaian diminta mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama sebuah pakaian diminta memohon maaf kepada pempengaruh, Misya Mazlan kerana menampilkan Marissa Dania Hakim dan Mohd Aslam dalam sebuah video fotografi kempen pakaian berkenaan.

Perkara itu disuarakan kakak kepada isteri pertama Aslam, Nadiah Mazlan, yang menyifatkan jenama pakaian itu seperti mengambil kesempatan menunggang kontroversi demi melariskan produk.

“Minta maaf pada Misya kerana mungkin dalam keasyikan menaikkan produk, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka.

“Sebaik baik manusia, adalah manusia yang berbuat kebaikan pada manusia lain. Tolong,” tulisnya dalam sebuah hantaran di Insta Story.

Bukan itu sahaja, dedah Nadiah, adiknya turut menjadi model pakaian berkenaan tanpa mengetahui kedua-dua individu itu turut mendapat tawaran yang sama.

“Misya memang tak tahu langsung bahawa dia juga (Marissa) shoot produk itu. Pada masa itu, pihak jenama pakaian itupun telah diberitahu jangan post apa-apa mengenai Misya dan perempuan itu.

“Sebagai kakak, saya akan melindungi adik saya sesuai pesanan mak,” tambahnya.

Hasil semakan, Instagram pakaian berkenaan telah memadam video Aslam dan Marissa yang telah tular di media sosial.

“Dah padam posting itu? Terima kasih kerana ambil maklum. Terima kasih kerana masih punya perasaan sebagai manusia,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN