Skuad B-23 negara sukar layak ke Olimpik Paris

Skuad B-23 negara sukar layak ke Olimpik Paris

PEMAIN-Pemain skuad bawah 23 tahun negara giat menjalani latihan bagi persediaan mengharungi Piala Asia B-23 di Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengakui skuad bawah 23 tahun (B-23) berdepan tugas sukar untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Hamidin yang juga merupakan Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan Olimpik Paris 2024 berkata, skuad kendalian Juan Torres Garrido tidak berada dalam senarai pasukan yang dijangka layak ke Paris.

Katanya, peluang sangat tipis kerana skuad B-23 negara akan berdepan saingan daripada pasukan-pasukan kuasa besar di benua Asia di Piala Asia B-23 di Qatar pada bulan depan.

Apa yang realistik ketika ini katanya, lebih baik skuad muda negara fokus untuk melayakkan ke pusingan kedua sebelum memikirkan langkah seterusnya hingga ke saingan suku akhir.

“Berdasarkan kiraan saya sebagai Presiden FAM, pasukan bola sepak tiada dalam sasaran layak ke Olimpik Paris 2024. Kalau layak bawah 23 (B-23) dah dikira satu pencapaian yang baik.

“Apa yang penting ketika ini, saya mengharapkan mereka memberi fokus untuk mencatat keputusan terbaik dan layak ke pusingan kedua terlebih dahulu,” katanya.

Hamidin menjelaskan sekiranya skuad Harimau Muda meraih slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 ia ibarat seperti layak ke Piala Dunia, bagi pasukan senior.

“Mengikut perkiraan realistik, peluang layak ke Olimpik agak sukar kerana saingan di Doha cukup sengit dan tiga slot ke Olimpik dijangka menjadi milik tiga kuasa besar Asia iaitu Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi.

“Sembilan ke 10 pemain mereka bermain di Piala Dunia. Satu dari empat pasukan separuh akhir pula akan bersaing dengan wakil Afrika,” katanya.

Melihat kemaraan skuad muda negara ke Qatar bukan sekadar melengkapkan penyertaan, Hamidin berkata, FAM sudah mengatur empat aksi persahabatan buat mereka di Kuala Lumpur dan Doha.

“Sebelum ke Doha mereka akan menentang India. Mereka akan tiba dua minggu awal di Doha dan akan berdepan aksi persahabatan dengan Qatar dan China serta satu lagi pasukan yang tiba awal di Doha,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya