Pulau Pinang perlu sokongan PETRA 

Pulau Pinang perlu sokongan PETRA 

Pathmanathan (lima dari kiri) dan Amisam Ismail (empat dari kiri) ketika melawat tapak Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pulau Pinang memerlukan sokongan  Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk menyiapkan dua lagi komponen Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) bagi memastikan air di negeri ini sentiasa cukup.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanathan berkata, dua lagi komponen MDEP diperlukan untuk EMD berfungsi sepenuhnya sebagai sumber air mentah sokongan utama untuk Pulau Pinang menjelang 2030.

“Dua komponen yang diperlukan Pulau Pinang adalah Pakej 2C MDEP yang belum siap iaitu pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi 440 juta liter sehari (JLH) untuk mengepam air dari Sungai Muda untuk mengisi semula EMD semasa musim hujan.

”Satu lagi komponen melibatkan naik taraf saluran paip pelepasan 400 JLH MDEP: EMD ke Terusan Sungai Dua,” katanya di sini hari ini.

Menurut Pathmanathan, terdapat tiga faktor yang mendorong keperluan untuk komponen ini iaitu penggunaan air yang lebih tinggi di Pulau Pinang melibatkan jumlah  877 juta liter sehari (JLH) pada 2023 dan 927 JLH pada Februari 2024.

“Selain itu akibat perubahan iklim, taburan hujan di kawasan tadahan air (KTA) empangan Pulau Pinang menjadi kurang konsisten. 

“Perubahan iklim juga menjejaskan taburan hujan di KTA untuk Sungai Muda (satu-satunya sumber air mentah utama Pulau Pinang), serta KTA untuk Empangan Muda dan Empangan Beris di Kedah yang melepaskan air ke Sungai Muda,” katanya.

Kata beliau,  penurunan paras air mendadak  air Sungai Muda  seperti kejadian banjir di Baling pada September 2023 turut menyebabkan Pulau Pinang memerlukan dua komponen projek MDEP.

“Ini kerana, kesemua kejadian ini berlaku di Kedah tetapi bekalan air terjejas untuk kira-kira 465,000 pengguna air di Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN