Polis Negeri Sembilan sahkan terima aduan pusat keagamaan mencurigakan di Nilai - Utusan Malaysia

Polis Negeri Sembilan sahkan terima aduan pusat keagamaan mencurigakan di Nilai

AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci susulan aduan bahawa terdapatnya aktiviti mencurigakan di sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya mengesahkan aduan berkaitan perkara itu diterima oleh pihak polis kontinjen Negeri Sembilan pada hari Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. 

“Kes disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ugutan jenayah,” katanya kepada pemberita.

Pada masa yang sama, Ahmad Dzaffir mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik ataupun membuat hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran sehingga mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman awam. 

Sebelum ini tular di media sosial, mengenai aduan berkaitan sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Mantin, Nilai di sini yang didakwa bertentangan dan mampu menggugat kedaulatan negara.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN