Politeknik Ungku Omar kacau bubur asyura

Warga Jabatan Kejuruteraan Perkapalan Politeknik Ungku Omar gotong royong kacau bubur asyura

KAKITANGAN dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP) Politeknik Ungku Omar bergotong royong memasak bubur Asyura semasa Program Jalinan Ukhwah (Penghayatan Hijrah) sempena menyemarakkan sambutan Hari Asyura di Ipoh, Perak baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP), Politeknik Ungku Omar (PUO) menyemarakkan sambutan Hari Asyura menerusi penganjuran Program Jalinan Ukhuwah (Penghayatan Hijrah) Pelajar Baharu Semester 1, Diploma Kejuruteraan Perkapalan, Sesi I 2026/2027 yang mengetengahkan aktiviti gotong-royong mengacau bubur Asyura sebagai pengisian utama.

Program tersebut berjaya menghimpunkan 80 orang pelajar baharu Semester 1 bersama 25 orang pensyarah dan staf JKP dalam usaha memupuk semangat kebersamaan,  mengeratkan ukhuwah serta memperkenalkan budaya kekeluargaan yang menjadi identiti Jabatan Kejuruteraan Perkapalan sejak hari pertama pelajar melangkah ke kampus.

Penganjuran program tersebut turut mendapat sokongan daripada Alumni JKP serta warga  pensyarah dan staf jabatan yang menyumbang dana bagi menjayakan penyediaan bubur asyura.

Hasil kerjasama semua pihak, sebanyak 350 pek bubur Asyura berjaya dihasilkan sebelum diedarkan kepada warga PUO menerusi kaedah pandu lalu (drive-thru).

Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr. Salmi Che Meh, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Perkapalan

atas komitmen menjayakan program yang sarat dengan nilai murni.

“ Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pensyarah, staf, alumni serta pelajar JKP yang berganding bahu menjayakan program ini.

Tradisi seperti ini bukan sekadar menghidupkan amalan sempena Hari Asyura, malah menjadi wadah memperkukuh silaturahim, menyemai semangat kesukarelawanan dan membentuk

sahsiah pelajar yang holistik selaras dengan aspirasi Politeknik APEX, “ katanya.

Beliau berkata, program berteraskan warisan dan nilai kemasyarakatan seperti ini wajar diteruskan kerana mampu membentuk budaya kampus yang harmoni, prihatin dan saling

menyokong.

Pada masa sama, penglibatan aktif pelajar baharu bersama pensyarah, staf dan alumni menjadi platform terbaik dalam membina hubungan erat serta menyemai

semangat kekitaan yang menjadi teras kecemerlangan warga PUO. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN