Serangan udara ragut 23 nyawa di Myanmar - Utusan Malaysia

Serangan udara ragut 23 nyawa di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Serangan udara terbaharu oleh tentera Myanmar sehingga menyebabkan 23 maut di negeri Rakhine, menimbulkan kebimbangan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.  

Jurucakap PBB melaporkan serangan pada Isnin itu dipercayai didalangi oleh junta tentera Myanmar yang kononnya menyasarkan kumpulan tentera pemberontak sehingga mengorbankan nyawa orang awam dan lebih 60 mangsa cedera parah. 

Difahamkan, sebuah jet pejuang menggugurkan bom di Thar Dar, sebuah perkampungan yang didiami majoriti etnik Rohingya, kira-kira lima kilometer di utara Minbya. 

“Guterres menggesa semua pihak memainkan peranan mencegah hasutan yang boleh membawa ketegangan kaum. 

“Perluasan konflik di Rakhine mendorong perpindahan penduduk dan memburukkan lagi kelemahan pentadbiran serta diskriminasi,” kata jurucakap itu. 

Kampung Thardar yang terletak di utara Minbya mempunyai lebih tiga ratus kediaman dengan hampir 2,000 penduduk.   

Sejak beberapa dekad lalu, etnik Islam Rohingya berdepan penganiayaan di Myanmar sehingga menyebabkan hampir sejuta terpaksa berlindung dan bersesak-sesak di kem di daerah sempadan Cox’s Bazar, Bangladesh.-AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya