Tarif air 22 sen adil kerana lama tidak disemak - Kon Yeow

Tarif air 22 sen adil kerana lama tidak disemak – Kon Yeow

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kenaikan tarif air 22 sen bagi setiap liter padu di Pulau Pulau perlu diterima kerana tarif itu sudah lama tidak disemak iaitu sejak 1992.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sepatutnya kadar tarif air dikaji semula setiap tiga tahun, namun bagi Pulau Pinang ia tidak berlaku.

“Bagi jalur satu, kita tak pernah naik sejak 1992, dan jalur dua tidak naik sejak 2015, sepatutnya boleh naik setiap tiga tahun.

“Kadangkala Pulau Pinang tidak kuatkuasakan atau pun tidak diluluskan dan sebagainya (kenaikkan tarif air). Kalau ikut kaedah ini (kaji semula tarif setiap tiga tahun), tidak akan naik seperti sekarang.

”Kenaikan mendadak (tarif air) disebabkan tarif sudah lama tidak naik, oleh kerana itu, kita nak tampung kenaikan tersebut,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak yatim anjuran Kor Konsulat Kehormat Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sidang akhbar oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meminta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk mengkaji semula tarif air yang didakwa mahal di negeri ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa bermula 1 Februari lalu.

Di bawah kadar baharu yang diselaraskan, surcaj penjimatan air telah dihapuskan di mana kadarnya ialah RM0.55 untuk jalur 1 (0 – 20 meter padu), RM1.10 untuk jalur 2 (20 – 35 meter padu) dan RM2 untuk jalur 3 (melebihi 35 meter padu). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN