Sarjit Singh jurulatih baharu Speedy Tigers

Sarjit Singh jurulatih baharu Speedy Tigers

SARJIT dipilih sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif MHC sebagai ketua jurulatih Speedy Tigers yang baharu. - IHSAN Pasukan Hoki Terengganu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini mengumumkan perlantikan bekas pemain kebangsaan, Sarjit Singh sebagai jurulatih kebangsaan skuad hoki negara yang baharu bagi menggantikan tempat A Arul Selvaraj.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal selepas Mesyuarat Khas Pertama MHC yang berlangsung di sini hari ini.

Keputusan melantik Sarjit telah dipersetujui sebulat suara bersama barisan jawatankuasa kejurulatihan yang diketuai oleh Datuk Majid Manjit Abdullah dengan dua tahun kontrak ditawarkan kepadanya.

“Perlantikan Sarjit dipersetujui oleh semua jawatankuasa dengan semua ahli memberi input dan pandangan masing-masing sebelum MHC membuat keputusan memilih Sarjit.

“Pemilihan Sarjit adalah berdasarkan beberapa faktor dan saya yakin beliau mampu untuk kembali meletakkan pasukan negara lebih kompetitif dan lebih baik pada masa hadapan.

“MHC akan memberi kepercayaan dan sokongan penuh buat Sarjit mengendalikan skuad negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya