Russia tuduh Ukraine sabotaj pilihan raya presiden

Russia tuduh Ukraine sabotaj pilihan raya presiden

SEORANG penduduk tempatan membuang undinya ke dalam peti undi mudah alih di sebelah anggota keselamatan semasa pilihan raya presiden Rusia, kelmarin. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia menuduh Ukraine menggunakan aktiviti ke­ganasan bagi mengganggu perjalanan pilihan raya pre­sidennya yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Mac lalu.

Lapor CNA, bekas Presi­den Russia, Dmitry Medvedev mengecam kejadian itu sebagai satu kegiatan pengkhianat.

Medvedev berkata, mereka yang bertanggungjawab boleh menghadapi hukuman khianat dengan penjara selama 20 tahun.

“Ini adalah hukuman langsung daripada mereka yang yang menyerang bandar kita hari ini,” tulisnya di media sosial merujuk kepada serangan Ukraine.

Kelmarin, penunjuk perasaan cuba membakar bilik mengundi dan mencurahkan pewarna ke dalam peti undi.

Perang Ukraine membaya­ngi pengundian pilihan raya yang pastinya akan memperlihatkan Presiden, Vladimir Putin enam tahun lagi di Kremlin.

Pada hari kedua daripada tiga hari pengundian, Kementerian Luar Russia berkata, Kyiv memperhebatkan aktiviti pengganasnya berhubung dengan pilihan raya untuk menunjukkan aktivitinya kepada pengendali Barat dan meminta lebih banyak bantuan kewangan dan senjata maut.

Ia berkata dalam satu kejadian seumpama itu, sebuah dron Ukraine turut menjatuhkan peluru ke atas sebuah pusat me­ngundi di bahagian yang dikuasai Rusia di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine.

Agensi berita TASS milik kerajaan memetik seorang pegawai pilihan raya tempatan yang melaporkan tiada kerosakan atau kecede­raan apabila bahan letupan itu mendarat lima atau enam meter dari ba­ngunan yang menempatkan pusat mengundi.

Pusat mennugndi itu dibuka di sebuah kampung kira-kira 20 kilometer timur bandar Enerhodar.

Tiada komen daripada pegawai di Ukraine yang menganggap pilihan raya yang berlaku di bahagian wilayahnya yang dikuasai oleh Rusia sebagai haram dan tidak sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN