Polis pantau gerakan hidupkan semula ajaran Ayah Pin - Utusan Malaysia

Polis pantau gerakan hidupkan semula ajaran Ayah Pin

MAZLI MAZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memantau rapat berhubung dakwaan terdapat gerakan untuk menghidupkan semula ajaran sesat ‘Ayah Pin’ di daerah Besut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, setakat ini, pemantauan pihaknya mendapati aktiviti perkampungan Ayah Pin di Kampung Batu 13, Besut masih terkawal.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati tiada sebarang aktiviti yang mendatangkan implikasi kepada keselamatan penduduk di kawasan sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak polis sentiasa memantau ajaran Ayah Pin dan ajaran-ajaran sesat yang lain di negeri Terengganu.

“Oleh itu, kami menasihati orang ramai agar tidak gusar dengan perkembangan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan isu keselamatan berhubung dakwaan itu agar hadir ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan terdapat dakwaan bekas pengikut Ayah Pin untuk menghidupkan semula ajaran sesat tersebut daerah Besut sehingga menimbulkan kebimbangan umat Islam di Terengganu.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang individu dipercayai seorang pegawai masjid yang menggunakan nama Imam Muda Kulan di laman Facebooknya, kelmarin.

Melalui perkongsian di Facebook itu, Imam Muda Kulan atau nama sebenarnya, Tengku Azlan Raja Mamat mendedahkan maklumat terdapat usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat itu dalam kalangan pengikutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN