Piala Uber: Pearly rela digugurkan, akur keputusan jurulatih

Piala Uber: Pearly rela digugurkan, akur keputusan jurulatih

BEREGU wanita negara bakal harungi cabaran getir pada perlawanan pembukaan menentang pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 yang akan berlangsung di Ningbo, China, 9 April depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan tidak berasa terkilan sekiranya dia bersama pasangannya, M. Thinaah tidak disenaraikan dalam skuad Piala Uber, bulan depan.

Tatkala Pearly tidak menyatakan rasa kecewanya, malah dia mengambil perkara itu sebagai suatu inisiatif yang positif bagi membuka laluan untuk persiapkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

“Saya faham keputusan jurulatih. Tersenarai ataupun tidak, ianya tetap ada faedah. Jika kami beraksi di Piala Uber dan tetap mengambil semangat kejohanan.

“Andai nama kami digugurkan, beri kelebihan buat kami untuk mempersiapkan latihan ke Paris,” katanya ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini semalam.

Terdahulu, Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky menyatakan Pearly-Thinaah dijangkakan akan digugurkan dari skuad Piala Uber 2024 untuk memberi laluan ke Olimpik.

Bagaimanapun Rabu lepas, mesyuarat untuk memutuskan senarai akhir bagi ke Piala Uber telah dijalankan namun keputusan skuad ke kejohanan terbabit masih belum diketahui dan akan diumumkan kelak, menurut Rexy.

Sementara itu, Pearly turut mengakui bahawa cabaran sukar menantinya menjelang perlawanan pembukaan Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas diundi menentang pilihan kelapan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, beliau bersama Thinaah akan berbincang bersama barisan jurulatih mengenai strategi yang akan digunakan untuk mengatasi pasangan berkenaan.

“Sudah tentu saya sudah lihat undian itu. Untuk sekarang kita mahu fokus perlawanan pertama dahulu.

“Kami akan buat analisis bersama jurulatih, tengok macam mana permainan mereka dan strategi apa yang mahu kita pakai. Saya juga akan perbaiki komunikasi bersama Thinaah,” katanya.

Untuk rekod, beregu negara nombor 13 dunia itu, memenangi tiga daripada pertemuan mereka sebelum ini, biarpun gandingan Jepun itu menghuni di ranking kelapan terbaik dunia.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya