Perancis haram pemakaian abaya, beberapa sekolah perkenal

Perancis haram pemakaian abaya, beberapa sekolah perkenal seragam baharu

Murid sekolah memulakan pembelajaran di dalam bilik darjah pada hari pertama tahun persekolahan baharu selepas cuti musim panas di Savenay, Perancis, 4 September tahun lalu. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Beberapa sekolah di Perancis terlibat dalam peringkat percubaan untuk memperkenalkan pakaian seragam sekolah pada akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada transformasi pakaian kanak-kanak ke sekolah.

Pakaian seragam boleh menjadi percubaan bagi kanak-kanak mulai September depan, apabila tahun persekolahan berikutnya bermula.

Tindakan itu dibuat selepas kerajaan Perancis mengharamkan abaya, pakaian panjang yang dipakai oleh beberapa wanita dan gadis Islam di sekolah.

Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal berkata, pada Ogos tahun lalu, semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan, pakaian yang longgar itu melanggar prinsip nasional sekularisme.

“Abaya tidak mempunyai tempat di sekolah kita, tidak lebih daripada simbol agama. Pakaian saragam menepati prinsip sekularisme dan neutraliti kami yang paling asas. 

“Pilihan ini adalah penolakan terhadap komunitarianisme,” katanya ketika itu.

Bagaimanapun, beberapa penggubal undang-undang di sebelah kiri telah mengkritik apa yang mereka panggil perang terhadap agama.

Kumpulan Hak Tindakan Muslim memfailkan rayuan yang ternyata tidak berjaya terhadap larangan abaya di Majlis Negara, mahkamah pentadbiran tertinggi negara.

Kumpulan itu berkata larangan itu memberi kesan kepada murid seawal usia 14 tahun.

“Ada ibu bapa yang terkejut … dan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka rasa didiskriminasi, mereka rasa dikecualikan, mereka tidak faham. Mereka berasa terhina, mereka berasa terkejut. Dan saya, apa yang boleh saya lakukan? Ia undang-undang yang … dahsyat,” kata pengarah kumpulan itu, Sihem Zine.

Salah satu contoh kontroversi yang paling terkenal mengenai pakaian Islam di sekolah-sekolah Perancis berlaku pada tahun 1989 di bandar Creil, utara Paris. Dalam kejadian itu, tiga gadis diusir kerana enggan menanggalkan tudung mereka.

Pembuangan itu mencetuskan perdebatan media, politik dan sosial selama berbulan-bulan di Perancis, dan hujah serta hujah balas terkenal sebagai “l’affaire du foulard”, atau “selendang”.

Berikutan kontroversi 1989, parlimen Perancis meluluskan undang-undang pada 2004 yang melarang pemakaian simbol agama yang mudah dilihat di sekolah awam, termasuk salib Kristian, kopiah Yahudi, serban Sikh dan tudung kepala Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN