Penampilan sulung Luqman Hakim di Jepun

Penampilan sulung Luqman Hakim di Jepun

LUQMAN Hakim ketika membuat penampilan pertama bersama YSCC Yokohama.-IHSAN YSCC Yokohama
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membuat penampilan pertama di liga Jepun selepas diturunkan pada aksi Piala Levain.

Penyerang yang dipinjamkan dari Kortrijk itu diturunkan YSCC Yokohama pada minit ke-77 menentang Mito Hollyhock bagi pusingan pertama Piala Levain.

Pada aksi di Stadium Nippatsu Mitsuzawa itu, YSCC Yokohama menang 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.

Begitupun, YSCC Yokohama terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah pada minit ke-79 namun mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan.

Luqman Hakim secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25 selepas tiga tahun beraksi di Eropah.

Pemain berusia 22 tahun itu yang berkelana ke Eropah sejak 2020 memilih untuk meneruskan kariernya ke kelab Jepun dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan dan mengintai tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN