Kapal rempuh jambatan Baltimore: pencarian enam pekerja

Kapal rempuh jambatan Baltimore: pencarian enam pekerja pembinaan ditangguhkan 

GAMBAR ihsan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat yang diambil semalam menunjukkan sebahagian daripada rangka keluli Jambatan Francis Scott Key dirempuh kapal kontena Dali di Baltimore, Maryland. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALTIMORE: Pihak berkuasa menangguhkan pencarian terhadap enam orang yang hilang selepas sebuah kapal kargo berbendera Singapura merempuh Jambatan Baltimore, menyebabkan ia runtuh dan menghalang operasi salah sebuah pelabuhan komersial Amerika Syarikat (AS) yang paling sibuk.

Laksamana Muda Pengawal Pantai AS, Shannon Gilreath berkata, berdasarkan tempoh masa pencarian ini, pelbagai usaha meluas sudah dilakukan.

“Pada ketika ini, kami tidak percaya bahawa kami akan menemui mana-mana individu yang hilang,” katanya dalam sidang akhbar, malam tadi.

Kesemua enam orang adalah anggota krew pembinaan waktu malam yang sedang membaiki jalan berlubang di Jambatan Francis Scott Key apabila kemalangan itu tiba-tiba berlaku.

Setiausaha Polis Maryland, Roland Butler berkata, pihaknya akan beralih daripada bahagian mencari dan menyelamat kepada operasi pemulihan.

Beliau berkata, suhu yang rendah  dan arus yang deras menyukarkan penyelam untuk terus bekerja di bawah air, tetapi bot akan meneruskan rondaan semalaman.

Semalam, rakaman video menunjukkan kapal kontena yang penuh sesak itu merempuh salah satu penyokong jambatan, menyebabkan struktur keluli yang dibina pada 1977, runtuh.

Gabenor Maryland, Wes Moore berkata, sebelum ini panggilan mayday dari kapal membolehkan pihak berkuasa menghentikan kenderaan daripada memandu ke jambatan.

“Mereka  (pihak berkuasa) ini adalah wira. Mereka menyelamatkan nyawa malam tadi.

“Siasatan awal menunjukkan ia hanya kemalangan,” kata Moore pada sidang media.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan agensi lain menegaskan bahawa tidak ada kaitan yang diketahui dengan keganasan.

Ketua Pengangkutan Maryland, Paul Wiedefeld berkata, kru yang bekerja di jambatan itu pada dasarnya membaiki jalan berlubang.

Katanya, ia tidak ada kena mengena dengan isu struktur sama sekali.

Presiden AS,  Joe Biden menyebut runtuhan itu sebagai kemalangan yang dahsyat dan berjanji supaya pelabuhan itu dibuka semula dan jambatan itu dibina semula. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN