WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin memberitahu rakan sejawatannya dari Israel, Yoav Gallant bahawa jumlah kematian orang awam di Gaza adalah terlalu tinggi. Austin berkata sedemikian sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata di kawasan Palestin yang dilanda perang. Setakat semalam, seramai 32,414 penduduk Gaza terkorban 74,787 cedera. Bercakap pada pertemuan dengan Gallant, Austin berkata, jumlah bantuan kemanusiaan yang sampai ke Gaza…










