Jika mahu Piala Sultan Azlan Shah, Speedy Tigers perlu 40 perlawanan

Jika mahu Piala Sultan Azlan Shah, Speedy Tigers perlu 40 perlawanan

SARJIT Singh (kiri) dan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan memerlukan kira-kira 40 perlawanan antarabangsa jika mahu mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah, Mei depan.

Pengendali Speedy Tigers, Sarjit Singh berkata dalam tempoh yang amat singkat dengan latihan yang baru bermula hari ini, kelihatan kejayaan yang diidamkan itu agak samar.

“Kita membina program untuk jangka masa panjang ini dengan kebanyakan pemain muda yang kurang berpengalaman memerlukan sekurang-kurangnya 40 perlawanan bagi persediaan.

“Kalau kita lihat jika memberi peluang kepada pemain yang beraksi cemerlang pada Liga Hoki Malaysia (MHL) lalu, kita berharap mereka (pemain) dapat membuktikan mereka layak berada dalam 30 terbaik,” ujar Sarjit.

Sarjit menambah, 46 pemain yang dipanggil perlu melapor diri sesi latihan pertama hari ini sehingga 30 Mac selepas berbuka puasa pada pukul 9.30 malam.

Justeru, Speedy Tigers ini juga dipersiapkan bagi Sukan Asia 2026 dan pada akhirnya skuad akan dikecilkan kepada 30 pemain selepas sesi pemilihan berakhir.

“Kita juga akan mengadakan perlawanan di antara mereka semasa sesi itu. Pecahkan pemain yang dipanggil kepada tiga pasukan dan setiap pasukan akan bermain dalam 8 perlawanan.

“Jumlah 480 minit permainan yang kita ada dan setiap pemain akan memperoleh minimum 320 minit permainan. Inilah peluang dan masa untuk pemain menunjukkan kemahiran mereka,” kata Sarjit.

Skuad kebangsaan akan memulakan kempen antarabangsa pada Piala Sultan Azlan Shah (Mei) di Ipoh sebelum menyertai Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Poland, pada 31 Mei hingga 9 Jun.

Piala Sultan Azlan Shah akan membuka tirai saingannya dengan Malaysia dijadualkan menentang Kanada, Jepun, New Zealand, Pakistan dan Korea Selatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya