Selangor FC juara kejohanan anjuran sendiri

Selangor FC juara kejohanan anjuran sendiri

KAPTEN Selangor, Safuwan Baharudin meraikan jaringan kedua perlawanan bersama rakan sepasukannya pada aksi menentang Young Elephants FC 4-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) berjaya memastikan gelaran Cabaran Asia Selangor (SAC) 2024 menjadi milik mereka selepas menewaskan wakil dari Laos, Young Elephants FC 4-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas skuad kendalian Nidzam Jamil mencatat dua kemenangan berturut-turut sekali gus membolehkan mereka mengungguli saingan dengan 14 mata keseluruhan susulan kemenangan ke atas Young Elephants FC membantu mereka menambah tujuh lagi mata.

Sebelum ini, mereka telah mengutip tujuh mata hasil kemenangan besar 4-0 ke atas wakil dari Brunei, DPMM FC pada aksi pertama, Jumaat lalu.

Pada aksi itu, Selangor tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila hantaran Safuwan Baharudin disudahkan Alvin Fortes seawal minit kesembilan.

Fortes yang meledak gol pembukaan tuan rumah menjadi penyumbang kepada gol kedua mereka apabila hantaran lintangnya dengan menggunakan ‘outside footnya’ ditanduk kemas Safuwan pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, Selangor memperolehi gol ketiga selepas rembatan leret Faisal Halim menewaskan Anulak Vilaphonh pada minit ke-53.

Pesta gol Selangor ditutup oleh pemain gantian, Syahir Bashah yang melakukan tindakan susulan bagi jaringan keempat selepas percubaan awal Alex Agyarkwa terkena tiang pada minit ke-73.

Keputusan itu tentunya akan menjadi penyuntik semangat kepada Selangor bagi mengharungi kempen Liga Super 2024/25 dengan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya