PETALING JAYA : “Kenapa sekarang? kenapa bukan masa kes khalwat? Sudah lah kau fitnah sana sini.”
Itu persoalan yang diajukan oleh adik kepada pelakon Bella Astillah, Didi Astillah terhadap permohonan maaf yang dibuat pelakon, Ruhainies.
Menerusi perkongsian di Instagram, Didi yang sebelum ini memilih untuk diam, bersuara selepas Ruhainies mengeluarkan kenyataan untuk berdamai dengan Bella.
“Sebelum ini, saya diam saja tahu, tapi adik-beradik Ruhaines selalu sokong siap keluarkan kenyataan palsu tentang kes khalwat.
“Tapi selepas nampak si manipulasi ini cakap nak mohon maaf la nak berdamai la terus laju jari ini nak menaip.
“Kata Bella yang perangkap khalwat, memburukkan nama Bella di lokasi pengambaran, maki dan rancang untuk jatuhkan Bella,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Didi dalam kenyataan yang sama mempersoalkan keikhlasan Ruhainies dalam menyuarakan kesediaannya untuk berdamai dengan Bella.
“Tiba-tiba buat muka sedih konon nak berdamai, itu pun selepas tular perbualan dia (Ruhainies) guna bahasa kod L U , L U S M.
“Saya tak pernah kacau dia, tapi dia kacau rumah tangga kakak saya,” katanya.
Ruhainies sebelum ini membuat permohonan maaf untuk berdamai dengan Bella Astillah secara terbuka selepas berlaku beberapa kontroversi yang melibatkan rumah tangga pelakon itu.










