JDT bakal dominasi anugerah ABK23

JDT bakal dominasi anugerah ABK23

ARIF Aiman Mohd. Hanapi (kanan) dan Mohamad Faisal Abdul Halim akan bersaingan merebut anugerah Penyerang Terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang cerah untuk mendominasi senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) yang akan berlangsung, malam esok.

Paling mencuri tumpuan adalah melibatkan gelaran Penyerang Terbaik dengan pertembungan tiga peledak Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Darren Lok.

Arif Aiman yang telah memenangi anugerah itu bagi musim 2021 dan 2022 dilihat berpotensi untuk melakar hatrik berdasarkan persembahan cemerlangnya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bintang muda berusia 22 tahun itu meledak 12 gol dalam Liga Super, empat gol di Piala FA dan lima gol di pentas Piala Malaysia selain membantu JDT menyapu bersih semua trofi dalam saingan tempatan musim lalu.

Arif Aiman juga berpeluang cerah untuk mempertahankan anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali ketiga berturut-turut selepas menggondol anugerah itu pada ABK 2021 dan 2022.

Selain itu, dia turut tersenarai dalam merebut anugerah Pemain Muda Terbaik bersama Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan).

Anugerah Pemain Tengah Terbaik menyaksikan tonggak Kuala Lumpur (KL) City, Paulo Josue akan berebut dengan dua pemain JDT, Afiq Fazail dan Hong Wan.

Dua pertahanan kental JDT, La’Vere Corbin Ong dan Feroz Baharudin pula akan bersaing bersama pemain pertahanan muda Terengganu, Azam Azmi Murad bagi merebut anugerah Pertahanan Terbaik.

Penjaga gol nombor satu negara dan JDT, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tersenarai dalam calon Penjaga Gol Terbaik bersama Suhaimi Husin (Terengganu) dan Ramdhan Ab Hamid (PDRM).

Mesin gol JDT, Bergson Da Silva melengkapkan dominasi pencalonan pemain Harimau Selatan apabila tersenarai bagi calon Pemain Import Terbaik dengan dia akan berdepan cabaran penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Ayron Del Valle (Selangor) dan Ivan Mamut (Terengganu).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya