Isu stoking kalimah Allah: Saya dah jumpa Ahmad Zahid - Loke

Isu stoking kalimah Allah: Saya dah jumpa Ahmad Zahid – Loke

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan sudah bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kelantangan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.

Difahamkan, pertemuan itu berhubung kenyataan Dr. Akmal yang membidas KK Mart susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Ditanya lanjut isi kandungan pertemuan itu, Loke bagaimanapun tidak memperincikan perkara itu.

“Saya sudah jumpa Ahmad Zahid, itu antara kita (DAP) dan Ahmad Zahid,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Loke sudah menyatakan pandangan DAP kepada Ahmad Zahid ketika majlis berbuka puasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan dan perwakilan asing di Istana Negara, Isnin lalu.

Sehari selepas itu, Loke berkata, DAP tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan Dr Akmal kerana KK Mart telah mengemukakan permohonan maaf serta mengakui kesilapan mereka.

Akmal sebelum ini menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana pandangan pemimpin bukan Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah dan menggesa agar umat Islam terus memboikot KK Mart berhubung kontroversi stoking dengan tulisan Allah.

Pendirian Akmal itu turut disokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh susulan tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya