IsDB diminta bantu negara Islam dihimpit konflik

Kumpulan Bank Pembangunan Islam diminta bantu negara Islam dihimpit konflik

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucaptama dalam majlis Sambutan Jubli Emas IsDB dan Makan Malam Gala di Riyadh, Arab Saudi malam semalam, -FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) mempunyai peranan penting untuk membantu mengangkat darjat golongan miskin dan terpinggir, khususnya di negara-negara Islam yang dihimpit perang dan konflik berpanjangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha Itu perlu melangkau lebih daripada sekadar menangani cabaran tradisional dengan IsDB perlu turut memainkan peranan bagi mendepani tantangan baharu seperti isu kemampanan alam sekitar, krisis keselamatan makanan, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI).

“Sekalung tahniah buat IsDB yang telah menyumbang bakti terhadap pembangunan komuniti miskin dan terpinggir selama 50 tahun. 

“Saya percaya usaha ini akan berterusan, dikembangkan dan diperhebat oleh pimpinan IsDB,” tulis beliau menerusi satu hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau dijemput untuk hadir dan menyampaikan ucaptama di majlis Sambutan Jubli Emas IsDB dan Makan Malam Gala di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia punya sejarah yang panjang bersama IsDB apabila negara ini terlibat dalam penubuhan bank ini, terutama menerusi peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Setiausaha Agung  Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang pertama

Anwar kini mengetuai delegasi Malaysia berada di Riyadh untuk menghadiri Mesyuarat Khas WEF selama dua hari sehingga hari ini.

Sebelum ini, Anwar berkata, persidangan itu antara lain akan menyentuh perkara-perkara terkait kepentingan negara, bermula dengan sesi Plenari Pembukaan bertemakan Visi Baharu Pembangunan Global.

Dalam pada itu, Anwar sempat mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda, Paul Kagame dan rakan sejawatan dari Jordan, Bisher Khasawneh dalam dua sesi semalam.

Pada masa masa, Anwar juga mengetuai delegasi Malaysia dalam Dialog Strategi berkaitan ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×