BEIRUT: Lebih 40 maut akibat serangan udara tentera Israel di wilayah utara Syria, Aleppo, kira-kira pukul 1.45 pagi, Jumaat lalu. Kebanyakan mangsa terkorban adalah anggota tentera sekali gus menjadikan jumlah korban tertinggi sejak konflik Hamas-Israel tercetus, Oktober tahun lalu. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di United Kingdom yang mempunyai rangkaian sumber dalam Syria memaklumkan serangan udara Israel menyasarkan gudang simpanan roket milik Hezbollah berhampiran Lapangan Terbang Aleppo. “Serangan…