Indo-pasifik, ASEAN berdepan ancaman serius maritim kerana

Indo-pasifik, ASEAN berdepan ancaman serius maritim kerana tidak sedia banyak dana 

PENNY Wong bercakap semasa Forum Kerjasama Maritim Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia, di Melbourne, Australia, hari ini. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Australia berpendapat negara-negara Indo-Pasifik dan ASEAN dianggarkan berdepan ancaman pertahanan yang serius kerana mengetepikan banyak dana untuk projek keselamatan maritim.

Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata, sehubungan itu, beliau mengumumkan pembiayaan sebanyak AUS$286.5 juta (AS$186.7 juta atau RM882,024) untuk projek ASEAN  termasuk keselamatan maritim, di tengah-tengah ketegangan mengenai ketegasan China yang semakin meningkat dan tuntutannya yang dipertikaikan terhadap Laut China Selatan.

“Kami menghadapi tindakan yang tidak stabil, provokatif dan paksaan termasuk kelakuan tidak selamat di laut dan di udara.

“Apa yang berlaku di Laut China Selatan, di Selat Taiwan, di subwilayah Mekong, merentasi Indo-Pasifik, memberi kesan kepada kita semua,” kata Wong dalam ucapan dalam Forum Kerjasama Maritim pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia, tanpa menamakan negara China di sini hari ini.

Melbourne menjadi tuan rumah kepada pemimpin dan pegawai dari 10 anggota ASEAN untuk sidang kemuncak yang berlangsung dari Isnin hingga Rabu ini. 

Myanmar anggota ASEAN yang dikecualikan kerana konflik yang berterusan di negara itu.

Australia menggunakan ulang tahun ke-50 hubungannya dengan ASEAN untuk memperkukuh hubungan dengan rantau itu ketika ia menangani jangkauan diplomatik dan ketenteraan China yang semakin meningkat.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, saluran untuk lebih AS$3 trilion perdagangan bawaan kapal tahunan, termasuk bahagian yang dituntut oleh anggota ASEAN Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei. 

Mahkamah Timbang Tara Tetap pada 2016 berkata tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang.

Dalam pada itu, Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Enrique Manalo berkata, Laut China Selatan mempunyai kepentingan strategik dan mempunyai masa depan yang cerah selagi negara-negara di rantau ini bertekad untuk mengekalkan kerjasama berbanding konfrontasi.

Australia dan Filipina memulakan rondaan laut dan udara bersama pertama mereka di Laut China Selatan pada bulan November tahun lalu.

Filipina sedang meningkatkan usaha untuk menentang apa yang disifatkannya sebagai aktiviti agresif China di Laut China Selatan yang juga menjadi titik permulaan bagi ketegangan China dan AS mengenai operasi kebebasan navigasi.

Hanya lebih sebulan sejak Menteri Luar ASEAN menggesa agar konflik berdarah di negara anggota Myanmar ditamatkan, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar pusat bandar Melbourne untuk menggesa tindakan hukuman konkrit terhadap junta tentera.

ASEAN menghalang jeneral tertinggi Myanmar daripada menghadiri mesyuaratnya sehingga mereka komited kepada pelan damai. 

Junta dikatakan berang dengan apa yang dipanggil campur tangan ASEAN dalam hal ehwal dalamannya. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN