Enam termasuk empat beranak dikhuatiri hilang ketika daki Gunung Trans Gerah

Enam termasuk empat beranak dikhuatiri hilang ketika daki Gunung Trans Gerah

SIK CHOON FOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Empat sekeluarga dan dua malim gunung dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi ketika menyertai pendakian Gunung Trans Gerah di Hutan Simpan Kekal Lojing, di sini.

Kumpulan berkenaan yang membabitkan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka serta dua malim gunung dilaporkan memulakan pendakian pada 29 Ogos lalu.

Mereka dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada Khamis lalu, namun gagal dihubungi sehingga menyebabkan ahli keluarga membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka.

Menurut sumber, ahli keluarga kali terakhir dapat menghubungi salah seorang pendaki terbabit pada pagi 1 September lalu dan dimaklumkan kumpulan itu berada dalam keadaan sihat serta selamat.

“Selepas itu mereka gagal dihubungi sehinggalah laporan polis dibuat kerana bimbang keselamatan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kita ada menerima laporan berkenaan kejadian itu dan sedang berhubung dengan agensi lain termasuk Jabatan Perhutanan.

“Berkemungkinan besar kumpulan ini sudah melepasi sempadan Kelantan dan menuju ke Pos Kemar, Perak,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×