Harimau Malaya kekal lawan Oman di Bukit Jalil

Harimau Malaya kekal lawan Oman di Bukit Jalil

SKUAD Harimau Malaya kekal bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berita baik untuk peminat skuad Harimau Malaya apabila venue aksi Malaysia berdepan Oman bagi aksi keempat Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 26 Mac ini kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan itu diambil selepas tinjauan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac dan pengendali kebangsaan, Kim Pan Gon semalam mendapati stadium berkenaan bersedia untuk jadi tuan rumah kepada perlawanan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dan penilaian pada lawatan tersebut telah mendapati bahawa persediaan padang menjelang perlawanan pada 26 Mac ini adalah mengikut jadual dan kondisi rumputnya dijamin akan berada pada tahap terbaik untuk aksi menentang Oman itu nanti.

“Dengan pengesahan venue tersebut, tiket bagi perlawanan Malaysia lawan Oman itu akan mula dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my pada Sabtu, 9 Mac 2024.

“Harga tiket bagi semua kategori dikekalkan iaitu sama seperti perlawanan pertama Kumpulan D menentang Kyrgyzstan, November lalu,” kata Setiausaha Agung (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

Bagi kategori tiket terbuka, harga ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak bawah 12 tahun, RM60 bagi tiket Grandstand dan RM80 bagi tiket Premium.

Harimau Malaya memulakan kem latihan pusat hari ini bagi hadapi perlawanan pertama dengan Oman di Stadium Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat, 21 Mac sebelum perlawanan timbal balik di Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya