Belum masa bawa pulang 10 pingat di Paralimpik - MPM

Belum masa bawa pulang 10 pingat di Paralimpik – MPM

Megat D Shahriman Zaharudin 10 dari kiri) bersama sembilan wakil syarikat pada majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bersama rakan strategik TambahEMAS di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merasakan kontinjen negara masih belum bersedia untuk membawa pulang keseluruhan pingat dua digit dalam temasya Sukan Paralimpik yang bakal berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 September ini di Paris.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata sasaran tersebut bukan mudah untuk dilakukan namun tidak mustahil atlet paralimpik negara mampu melakukannya.

“Satu cabaran yang baik tapi buat masa sekarang saya fikir belum tiba masanya lagi,” katanya ketika ditemui pemberita ketika majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) MPM bersama rakan strategik TambahEMAS di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, di sini semalam.

Berdasarkan rekod, kontinjen negara membawa pulang tiga emas dan satu gangsa pada edisi 2016 di Brazil manakala bagi edisi Tokyo 2024 tiga emas berjaya diperolehi bersama dua perak.

Tambah Megat, MPM optimis dengan kemampuan atlet para negara untuk membawa pulang empat emas pada Paralimpik Paris 2024 nanti apabila mensasarkan lebih daripada 20 atlet para negara akan bertanding di temasya tersebut.

“Sekarang kita sudah ada sembilan atlet yang telah melayakkan diri ke Paralimpik Paris 2024 dan menjelang Mei nanti kita akan tahu jumlah keseluruhan yang akan bertanding di temasya tersebut.

“Untuk pengetahuan, masih terdapat beberapa kejohanan yang bakal disertai oleh atlet para negara untuk melayakkan diri mereka menyertai Sukan Paralimpik 2024. Kami perlu memastikan mereka sentiasa bersemangat dan mengambil cabaran ini.

“Saya sasar lebih daripada 20 atlet (layak) dan kalau boleh saya nak semua layak,” katanya lagi.

Sembilan atlet para negara yang sudah mengesahkan slot ke temasya tersebut masing-masing dua daripada olahraga, renang dan memanah manakala tiga daripada berbasikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya