GEORGE TOWN : Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita bahawa dia telah menjadi mangsa intipan, beberapa hari lalu. Dakwaan itu dibuat susulan penemuan sebuah kamera tersembunyi dalam bilik air di sebuah inap desa di Jelutong, di sini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pemeriksaan awal polis mendapati, terdapat pautan pada kamera itu yang menghubungkannya secara terus dengan telefon…