Tembakan rambang di Kansas City: seorang maut, 21 cedera

Tembakan rambang di Kansas City: seorang maut, 21 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS: Tembakan bertubi-tubi di pusat bandar Kansas City, Missouri berhampiran majlis sambutan kemenangan bola sepak Amerika Syarikat (AS), Super Bowl juara NFL membunuh sekurang-kurangnya seorang pengunjung dan mencederakan 21 yang lain.

Stesen radio tempatan KKFI mengenal pasti mangsa yang terbunuh ialah Lisa Lopez, seorang pengacara rancangan televisyen, Taste of Tejan. 

Ketua Polis Kansas City, Stacey Graves memberitahu, tiga orang ditahan dan masih dalam siasatan bagi kejadian berhampiran Union Station yang terkenal di bandar itu selepas perarakan kemenangan dijalankan.

Graves berkata, pegawai penyiasat setakat ini belum mengetahui motif berkaitan keganasan senjata api. 

“Sebelas daripada mereka yang cedera akibat tembakan atau kekecohan yang berlaku adalah kanak-kanak berusia seawal enam tahun,” ujarnya.

Ketua Jabatan Bomba Kansas City, Ross Grundyson dalam sidang akhbar memberitahu,15  mangsa mengalami kecederaan yang boleh mengancam nyawa.

Sementara Datuk Bandar Kansas City, Quinton Lucas berkata, kelaziman senjata api dan keganasan senjata api di AS menyukarkan mereka untuk menyediakan keselamatan yang lengkap untuk sebarang acara awam.

Katanya, tembakan rambang boleh berlaku walaupun beberapa ratus pegawai penguat kuasa berkawal untuk perarakan kemenangan.

“Perarakan, perhimpunan, sekolah, filem, nampaknya hampir tiada apa-apa yang selamat.

 “Kami menjadi sebahagian daripada statistik daripada ramai rakyat AS yang pernah mengalami atau menjadi sebahagian daripada atau berkaitan dengan tembakan besar-besaran,” Quinton, seorang Demokrat, memberitahu pemberita yang menceritakan bagaimana dia antara mereka yang berlari mencari perlindungan apabila terdengar bunyi tembakan.

Beberapa jam selepas keganasan itu, pihak berkuasa masih belum dapat memastikan tahap keselamatan, menentukan jumlah dan lingkungan umur mangsa.

Jurucakap hospital memberitahu, Kanak-kanak Mercy Kansas City merawat belasan mangsa daripada kejadian itu, 11 daripadanya kanak-kanak berumur enam hingga 15 tahun.

Malah, sembilan daripada 12 pesakit itu adalah mangsa tembakan.

Kira-kira 800 pegawai penguat kuasa berada di perhimpunan dan perarakan berkenaan termasuk ejen biro penyiasatan persekutuan (FBI) dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan (ATF) Persekutuan.

Semua pemain, jurulatih dan kakitangan Kansas City Chiefs yang menghadiri perhimpunan kemenangan itu selamat, kata pasukan Liga Bola Sepak Kebangsaan dalam satu kenyataan. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN